Wednesday, July 24, 2013

:: Wedding Incik Sepupu Lelaki ::

Assalammulaikum w.b.t



Alhamdulillah.. Pada 6 Julai 2013 yang lepas, incik sepupuku yang bernama Iqbal telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu Sahara . Dengar cerita, mereka neh da lama bercintan sejak form 2 lagi kott. Wahhh. Lama giler bercinta dan akhirnya hubungan ini berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Congrat's incik sepupu :)



Meriah kan pelaminnya?Bawah 2k je tuh siap dgn set sepersalinan lagi. Time ni ngah kaco pengantin sedang makan beradat.



Dalam pada masa yang sama, Incik sepupu ini telah menyambung delegasi keturunan kitorang*keluarga sebelah ibu* dimana anak kedua kawen dulu. Before neh, anak mak ngah yang no.2 kawen dulu gak pada tahun 2006 dan kini telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang kiut miut. Putih melepak ikot mak diorang tuh. Anak sulong mak ngah bakal bernikah hujung tahun neh. InsyaAllah.



Amik feel posing dengan hantaran dan mas kawen orang lain punyer!waduhhhhh 




Incik sepupu neh sebaya dengan aku gak. Dia anak adik ibu, kirenya anak atih *sebab ibu adalah alang dalam familynya*. Gulp! Masa dengar dye nak kawen, aku sebagai anak pompuan neh agak tersentap gak lah, sebab yang anak teruna kawen dulu.Haha. Aku nak sedapkan ati, aku cakapla, dia da lama bekerja, lagipon lelaki kan, da rasa bersedia nak pikul tanggungjawab makanya dia lah yang jalan dulu. Abangnya juga belom kawen gak*tua setahun dari aku*, sebab baru abish belaja kat France. Dengar cite dye akan berkawen tahun depan. Fuhh, semua sepupuku da ada perancangan for the future tuh. It's ok lah anak lelaki neh kena pinang anak dara orang, yang anak dara neh plak kena tunggu dipinang. Itu yang tiada perancangan bila akan tiba masaku nanti. Tapi ada yang banyak menyatakan adik aku kawen dulu. Kalau betul adik aku kawen dulu dari aku, memang aku rasa da ikot keturunan kot. Haha

Ibu bersama dengan adiknya iaitu mak pengantin lelaki

Pada 7 Julai 2013 pula, adalah hari ulangtahun kelahiran nyawaku iaitu My Ibu "Puan Salwa binti Ahmad". Tapi kitorang celebrate awal iaitu 5 Julai 2013 sebab tahu hari Sabtu dan Ahad tuh ta sempat nak celebrate . Yela, sibuk dengan majlis Incik sepupu tuh. Itu yang ibu langsung ta expect kitorang akan celebrate besdaynyer pada hari Jumaat malam. Walaupon ibu pada mulanya tanak terima sebab belom tarikhnya lagi*katanya ibu tanak tua lahh..hadoii* Ibu..Ibu..ragam macam kitorang jugak.Ngengada nak ngelat umur meningkat sebelom masanya.hihi




Siyes sedap kek nya! Air tangan lelaki tuh. Oder ngan member time skola rendah dulu.

Kami sekeluarga masih lagi berlima.Belom ada penambahan untuk si anak.Tiada kuota untuk si ayah ey.hihi

p/s:


Buat Incik sepupu dan pasangan. Semoga hubungan yang telah halal dibina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat kalian, dikurniakan rahmat dan limpahan rezeki atas keluargamu dan dikurniakan zuriat .Amin..


Buat Ibu tersayang,
Hepi melihat ibu tersenyum.Sedih melihat ibu bersedih.Cuba dan terus mencuba untuk melakukan sesuatu yang membuatkan ibu tersenyum saja.Tapi setiap senyuman itu kadang-kadang memerlukan titisan air matamu.Maafkan diri ini.

Truly,
Ur noti doter sometimes :p



www.tips-fb.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails